Warkah buat sahabat
Ku layangkan warkah buatmu sahabat
Diselimuti dengan seribu makna
Walau tidak sehebat pujangga
Namun inilah yang ku rasa
betapa bahagianya di kala kita bersama
Seperti pagi-pagi yang di hiasi embun
Begitulah hatimu pada pandanganku
Aku sangat kagum denganmu sahabat
Tidak memandang akan pangkat
Tidak menilai pada harta
Walau aku tak punya apa-apa
Namun kau tetap bersama.
Dikala aku dalam kesedihan
Dan hatiku berasa tidak keruan
Engkau menghantar padaku ‘sms’ hiburan
Dengan kata-kata gurauan yang melucukan
Terukir di bibir manis senyuman
Menampakan riak wajah kegembiraan
Walau aku dalam kesunyian.
Ketika aku dalam kesusahan
Engkau datang
Dengan membawa sebutir mutiara pertolongan
Dengan satu kata ingatan
Jangan lupa berdoa kepada Tuhan
Kerana ia penentu kebahagiaan
Memberi aku semangat baru
Untuk meneruskan kehidupan
Walau dengan sebelah tangan.
Semasa aku dalam kebingungan
Mencari sesuatu kebenaran
Di sebalik kegagalan
Engkau menulis di buku ku
“Bertangguh punca kemalasan
Malas punca kegagalan”
Memberiku seribu makna
Dalam kehidupan dan pencarian
Perjalanan munuju mahligai kejayaan.
Namun
Jangan dilupa hakikat kehidupan
Silih berganti panas dan hujan
Aku sangat gembira pada pertemuan
Aku begitu sedih dengan perpisahan
Namun
Tidak ada yang dapat ku lakukan
Hanya mendirikan tiang harapan
Agar engkau tidak lupa akan kenangan
Pahit manis dalam perjuangan
Mendaki gunung impian.
Sesungguhnya
Kaulah sahabatku yang sejati.
Showing posts with label KaRyaKu.... Show all posts
Showing posts with label KaRyaKu.... Show all posts
Erti hidup
Perjalanan hidup umpama air sungai
Yang sentiasa mengalir
Tidak terhenti walau sesaat
Menghanyutkan kayu-kayu leka
Yang lupa akan usulnya
Kerana alpa dengan dunianya
Akhirnya tenggelam bila sampai masanya.
Hidup juga umpama jarum jam
Yang sentiasa berkejar-kejaran
Yang pantas memintas yang leka
Yang leka akan terus ketinggalan
Jika lalai dengan khayalan
Jadilah seperti jarum saat
Yang sentiasa cepat.
Namun jika kta lupa
Hidup juga umpama roda yang berputar
Jangan bangga berada di atas
Jangan leka berada di bawah
Kerana laut tidak semuanya indah
Langit tidak selamanya cerah.
Tanamlah benih impian setinggi gunung
Siramlah ia dengan air usaha
Nescaya tumbuhlah ia dengan sempurna
Di atas batas cita-cita
Bajailah impian itu dengan seguni doa
Suburlah impian itu menjadi pepohon
Pagarlah pohon itu dengan kayu sabar
Maka terhasillah buah yang segar.
Perjalanan hidup
Tidak seperti berjalan di atas permaidani
Tetapi... Jalan hidup penuh dengan liku
Beronak, berbukit, berbatu
Duri sentiasa menanti mangsanya
Mencucuk tapak kaki orang yang leka
Mengalirkan air mata sesal jatuh ke bumi
Menyesali apa yang terjadi.
Namun
Apabila kita terjatuh
Dan Tenggelam di dalam arus kehidupan
Ada sesuatu yang kita temui
Sperti pagi-pagi yang didatang sinar matahari
Membawa seribu erti
Bahawa hidup adalah
Perjuangan di samping ketentuan.
Perjalanan hidup umpama air sungai
Yang sentiasa mengalir
Tidak terhenti walau sesaat
Menghanyutkan kayu-kayu leka
Yang lupa akan usulnya
Kerana alpa dengan dunianya
Akhirnya tenggelam bila sampai masanya.
Hidup juga umpama jarum jam
Yang sentiasa berkejar-kejaran
Yang pantas memintas yang leka
Yang leka akan terus ketinggalan
Jika lalai dengan khayalan
Jadilah seperti jarum saat
Yang sentiasa cepat.
Namun jika kta lupa
Hidup juga umpama roda yang berputar
Jangan bangga berada di atas
Jangan leka berada di bawah
Kerana laut tidak semuanya indah
Langit tidak selamanya cerah.
Tanamlah benih impian setinggi gunung
Siramlah ia dengan air usaha
Nescaya tumbuhlah ia dengan sempurna
Di atas batas cita-cita
Bajailah impian itu dengan seguni doa
Suburlah impian itu menjadi pepohon
Pagarlah pohon itu dengan kayu sabar
Maka terhasillah buah yang segar.
Perjalanan hidup
Tidak seperti berjalan di atas permaidani
Tetapi... Jalan hidup penuh dengan liku
Beronak, berbukit, berbatu
Duri sentiasa menanti mangsanya
Mencucuk tapak kaki orang yang leka
Mengalirkan air mata sesal jatuh ke bumi
Menyesali apa yang terjadi.
Namun
Apabila kita terjatuh
Dan Tenggelam di dalam arus kehidupan
Ada sesuatu yang kita temui
Sperti pagi-pagi yang didatang sinar matahari
Membawa seribu erti
Bahawa hidup adalah
Perjuangan di samping ketentuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)