Erti hidup
Perjalanan hidup umpama air sungai
Yang sentiasa mengalir
Tidak terhenti walau sesaat
Menghanyutkan kayu-kayu leka
Yang lupa akan usulnya
Kerana alpa dengan dunianya
Akhirnya tenggelam bila sampai masanya.
Hidup juga umpama jarum jam
Yang sentiasa berkejar-kejaran
Yang pantas memintas yang leka
Yang leka akan terus ketinggalan
Jika lalai dengan khayalan
Jadilah seperti jarum saat
Yang sentiasa cepat.
Namun jika kta lupa
Hidup juga umpama roda yang berputar
Jangan bangga berada di atas
Jangan leka berada di bawah
Kerana laut tidak semuanya indah
Langit tidak selamanya cerah.
Tanamlah benih impian setinggi gunung
Siramlah ia dengan air usaha
Nescaya tumbuhlah ia dengan sempurna
Di atas batas cita-cita
Bajailah impian itu dengan seguni doa
Suburlah impian itu menjadi pepohon
Pagarlah pohon itu dengan kayu sabar
Maka terhasillah buah yang segar.
Perjalanan hidup
Tidak seperti berjalan di atas permaidani
Tetapi... Jalan hidup penuh dengan liku
Beronak, berbukit, berbatu
Duri sentiasa menanti mangsanya
Mencucuk tapak kaki orang yang leka
Mengalirkan air mata sesal jatuh ke bumi
Menyesali apa yang terjadi.
Namun
Apabila kita terjatuh
Dan Tenggelam di dalam arus kehidupan
Ada sesuatu yang kita temui
Sperti pagi-pagi yang didatang sinar matahari
Membawa seribu erti
Bahawa hidup adalah
Perjuangan di samping ketentuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment